Rezeki atau Bala?

January 14, 2009 at 3:43 am (Donia oh donia, mulut hancing!)

Royalti minyak Terengganu dijangka lebih RM3 bilion

KUALA TERENGGANU 13 Jan. – Kerajaan Persekutuan menjangkakan Terengganu akan memperoleh lebih RM3 bilion hasil daripada wang royalti minyak tahun depan jika harga bahan api itu naik di pasaran sepanjang tahun ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, jumlah itu lebih tinggi daripada hasil royalti yang diperoleh sekarang iaitu antara RM1.6 bilion hingga RM3 bilion setiap tahun.

Katanya, untuk itu, beliau mahu kerajaan negeri yang diterajui Menteri Besar, Datuk Ahmad Said menggunakan wang royalti sebaik mungkin untuk membangunkan negeri ini berkonsepkan mesra rakyat.

”Tahun depan tengok rezeki, jika harga minyak naik royalti juga akan bertambah. Bayangkan rezeki yang tuhan bagi ini.

”Negeri lain tidak ada rezeki sebanyak ini. Saya sudah beritahu Menteri Besar supaya gunakan wang ini untuk kesejahteraan rakyat. Buatlah apa saja dan kita tidak akan persoalkan asalkan ia untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat daripada rezeki tambahan ini,” ujarnya.

Hotak dia, makna nya tahun ni minyak akan naik dan tu dia cakap REZEKI?? b***hnye umat Muhammad sorang nih! tu bukan rezeki, tu BALA. (bukan balasubramaniam)

Kalau ye pun terdesak nak dapat undi, tak payah la sampai cakap minyak naik tu satu rezeki. Ye, mungkin rezeki untuk pengusaha stesen minyak, rezeki untuk MB, rezeki utk TNB sbb ada alasan untuk naik tarif elektrik lagi. Tapi BALA untuk orang yang kais pagi makan pagi, kais petang makan megi. BALA untuk orang yang terpaksa guna kenderaan sendiri sebab public transport takde kat tempat diorang. BALA untuk orang yang berkeluarga besar sebab harga barang confirm naik kalau minyak naik!  

Tu la, ada otak jangan la simpan dalam peti ais! memang la BEKU! 

Orang yang terdesak memang sanggup lakukan ape saje kn! Apa kata biar diaorang hampa lagi sekali? terus tersedak! haha… 

*nampak gaya ada yang kempunan nak jadi PM nanti ni! haha….

Leave a comment