MLM – dari sisi gelap.

October 16, 2009 at 4:13 am (Donia oh donia, Melayu)

Hari ni terdetik rasa pelik dalam diri aku bila ada lagi orang yang taksub dengan Multi Level Marketing @ MLM ni. Aku rasa semua orang sedia maklum risiko join MLM, nak cakap benda ni menipu pun tak bleh gak sebab ada gak yang berjaya tapi terpulang la pada penilaian masing-masing, pada aku MLM ni mengarut je. Jujur cakap la, aku pun pernah terpengaruh tapi aku belum sampai tahap terjebak dengan MLM ni,psst…tolong bezakan antara terpengaruh dengan terjebak yea. Kadang2 kawan2 ajak minum aku g le, tapi bile sampai, diorg buka pasal ‘bisnes baik’ diorg. Aku nak counter kang kawan2, so layan jer la.. Tapi penah gak aku counter budak-budak  MLM ni, siap hentak-hentak meja lagi marah kat aku sebab aku counter bisnes dia, ntah-ntah bila aku balik dia berguling-guling hentak kaki sebab

aku tak join, pastu kena bayar dinner aku lak tuh! Haha….

MLM ni da agak lama gak dalam Malaysia ni, tak silap aku bermula dengan COSWAY @ AMWAY, aku tak sure diorg ni adalah benda yang sama ataupun tidak tapi setakat yang aku dengar ni la antara MLM terawal yang masuk Malaysia, tak silap aku area 90-an la. Dan MLM pun semakin berevolusi, mula-mula dulu kena beli produk, lepas tu ada yang kena kumpul point. Era millennium ni dah lain sikit, diorg cakap susah nak maintain point tu sume. Diorg pakai system cari downline banyak2, makin byk downline makin senang nak naik level. Lepas pada tu ada yang tukar marketing plan, yuran penyertaan dah jadi murah dengan harapan untuk ‘bantu’ orang yang susah. Pas pada tu ada yang tukar strategi, buat MLM baru n pancing orang utk jadi yang terawal. agak2 x bleh blah dia tutup MLM tu n buka MLM baru n guna teknik yang sama. Dan yang terakhir yang aku tau ialah dengan melabur dalam satu jumlah yang agak besar. bukan main ratus-ratus ni. ni main puluh ribu nye.. ni kira beli pangkat la.. Bila masuk middle level, peluang utk naik level tu makin senang dan pulangan pun cepat. Tapi siapa yang ada duit puluh ribu? Aku rasa tak semua yang ada cash rm20k kan!.. so, jalan alternatif nye ialah buat pinjaman. Tapi sape yang boleh buat loan sebanyak tu kalau income pun setakat seribu sebulan?jawapannya ialah kakitangan kerajaan je la yang punya akses untuk dapat loan dengan mudah. So target diorang sekarang ni ialah kakitangan kerajaan. pandai betul kan!

Antara Point-point yang selalu kuar dari mulut diorang ni ialah,bila dapat duit nanti boleh la hantar mak pergi haji. Haa.. pergi haji guna duit tu??? Bersih sangat ker? Aku pasti semua dah sedia maklum bukan SEMUA yang masuk MLM ni berjaya seperti yang diorang harapkan, entah berapa kerat sangat la yang betul2 hidup macam yang ada dalam flyers tuh! “dulu masa saya join benda ni hidup saya susah sangat! Nak beli susu anak pun tak mampu, bini bukan main marah lagi. Tapi setelah 6 bulan, saya dah mampu pakai kereta mewah, tinggal pun di semi-D”. [ eh, camne anak ko? Dah arwah? Yela, ko sanggup join MLM dari beli susu anak kan! Mesti anak ko dah mati kebulur]. Haha… come on la, be realistic… Ape salahnya buat cerita yang biasa2 je, tak perlu nak tunjukkan kebodohan korang tu yang kejam dengan anak sendiri, sanggup tak beli susu anak asalkan boleh masuk MLM. Buat simple-simple sudeyh! “ saya kerja biasa-biasa je, gaji pun cukup-cukup makan je, saya masuk MLM ni pun sebab terpengaruh dengan kawan. Tak sangka lak baru 3 bulan dah boleh pakai Gen2 secondhand yang berharga rm25k tu. Downpayment rm1k jer dah boleh keluar kereta tu. Dgn duit MLM ni la sy buat d/p tu… installment tu belum tentu saya boleh bayar, kalau awak masuk, saya pun masyuk! [macam ni kan realistic sket! huhu]

Tu dah satu hal. Bila cerita pasal nak hantar parents g haji, boleh di terima ker duit tu? Berkat ker? Halal ker cara untuk dapatkan duit tu? Bagi aku yang naïve ni, aku tak rasa duit tu bersih, aku tak pikir duit tu berkat. Macam mana nak berkat kalau ko berjaya atas penderitaan dan kesusahan orang lain??jangan la cakap diorg tak berusaha tapi ni la realiti dan hakikatnya. Setiap 10 org jutawan MLM, ada 100000 mangsa di bawahnya.  Berkat ker kalau macam tu? Ko ingat orang2 yang jadi mangsa tu redha jer dengan duit diorg tu? Kalau jenis yang masuk rm30 tu maybe diorg pejam mata je. Tapi kan sekarang ni ada jenis yang kena invest dengan banyak, konon2 nya lagi senang nak untung! [jadi realitinya masuk dengan modal kecil ni susah nak untung la kan!] tu ape cerita lak? aku bukan cakap main hentam jer bang, korang ingat bila masuk berpuluh ribu confirm boleh berjaya. Tak semudah tu beb! Aku ada beberapa kawan yang aku anggap testimoni bagi kegagalan MLM yang mana pelaburan diorang bernilai puluhan ribu. Rugi bukan bermaksud diorang kehilangan duit simpanan tapi kerugian dari segi usaha yang di laburkan tak setimpal dengan imbuhan yang dia dapat berdasarkan tempoh masa yang di ambil. Tak paham?? ok, dia melabur rm12k untuk join MLM ni. dan bila aku tanya berapa banyak yang dia dapat hasil dari MLM tu, dia cuma balas ‘boleh la, setakat pulang modal‘. Kemudian dia ceritakan kekecewaan dia sebab terjebak dengan MLM ni, dia cakap kalau dia tak join benda tu, dah tentu dia boleh kawin. Mula-mula dia ingat bila join MLM ni dapat la mengurangkan kesempitan hidup dia sebab dia dah planning untuk kawin, tapi lain lak cerita nya. MLM ntah ke mana, kahwin ntah ke mana. Aku nampak la kekesalan dari raut wajah dia tu. Yela, sape yang taknak kawin dengan si jantung hati kan! Dan bila buka cerita pasal MLM mesti dia panas hati. Jadi kemana pergi nya duit dia kalau bukan ke upline kan! berkat ker duit yang upline dapat kalau member aku ni macam tak redha dengan duit yang dia laburkan tu? sebab tu dalam jual beli kena ada akad untuk menunjukkan kedua-dua pihak setuju dan redha dengan proses tu.

Dan sebenarnya ada lagi sorang sahabat aku yang bakal melabur RM25k untuk buat ‘bisnes’ yang dia rahsiakan. Berdasarkan penceritaan dia yang penuh motivasi tu aku yakin ‘bisnes’ tu adalah MLM. Jadi aku hamburkan kekesalan aku ni sebab tak berdaya menasihatkan dia dengan menulis artikel ni. Dan kepada dia aku ucapkan selamat mencuba dan harapnya berjaya la sebab kata-kata dia penuh keyakinan dan tahap self-motivation yang tersangat tinggi. kalau tak berjaya pun takpe, kamu ada pengalaman yang boleh di kongsi dengan yang lain kan! kamu ada kerjaya yang bagus, jangan sia-sia kan. Jangan sampai yang di kejar tak dapat, yang di kendong berciciran.

Bila kita cakap MLM ni menipu, nanti mesti ada yang cakap “diorang sendiri yang taknak berusaha”. Korang perasan tak majority yang masuk MLM ni sape? Aku rasa korang tau kan! Benda ni dah sinonim sangat dengan orang melayu. Sebut je MLM mesti di kaitkan dengan orang melayu. Kenape? Sebab nye kita ni ada satu sifat “keje nak senang, pulangan nak tinggi”. Apa2 contoh pun boleh nampak. Dari keje sendiri sampai la keje makan gaji, semua nya taknak keje susah tapi nak income tinggi. Sindrom ni susah nak elak tambahan pula bila kita di sajikan dengan kata-kata motivasi dan kereta-kereta mewah yang monthly nya belum tentu lagi di bayar on-time. Aku ada terbaca kat 1 blog sebab kenape melayu ni mudah terpengaruh. tak pasti ianya fakta atau auta, saje je nak share dengan korang. Kata nye genetik melayu ni mudah meresap. Bila kawin dengan mat salleh, muke dah ala-ala mat salleh. bila kawin dengan cina, mata pun sepet sikit. Kenapa bila kawin dgn mat salleh muke tak 80% kemelayuan? kenapa bila kawin dgn cina kulit makin cerah, tak sawo matang? So dari situ dia huraikan yang melayu ni mudah meresap/terpengaruh dengan sekeliling. so no wonder la kalau majority yang join MLM ni melayu. Dan termasuk 1 faktor yang nyata iaitu kuat berangan!!!!!

Kadang-kadang rasa sedih gak bila orang yang rapat dengan aku join MLM ni. Yela, satu yang pasti tentang MLM ni ialah kemungkinan besar boleh merenggangkan ikatan persahabatan/persaudaraan. Alasan korang mungkin korang nak tolong kawan/saudara konon2 nya benda ni boleh buat hidup jadi senang. Jadi bersandarkan motivasi yang dibekalkan dari upline dan sedikit kata-kata manis serta belanja minum, maka korang pun approach la member-member dengan harapan ada la lekat sorang dua yang akan jadi downline korang. Tapi malangnya bukan semua orang punya mentality yang sama. Ada yang susah utk di yakinkan, ada yang senang. Bagi yang senang tu beruntung la korang sbb dah dapat downline dan boleh ‘tolong’ kawan-kawan. Tapi bagi yang susah untuk di yakinkan tu, bukan ker nanti benda ni akan merenggangkan ikatan korang? Kawan-kawan nak kutuk tak sampai hati, nak join lak mmg diorg taknak. Jln penyelesaian, mengelak bila setiap kali korang ajak lepak.. takut korang cite pasal bisnes jer..

Honestly aku cuma nampak kebaikan MLM ni ialah diorg ada self-motivation yang tersangat tinggi tahap 700 petala langit sehingga pedang asyura pun boleh berkecai! haha…  Tambahan pula bila diaorg jumpa upline, masa tu rasa macam semua benda boleh buat, semua benda tak jadi masalah. “Kalau mereka boleh, kenapa aku tak boleh??? Aku boleh!! Yakin boleh!! Malaysia boleh!!” Dan masa tu jangan la cerita yang negative psl MLM, silap2 korang dapat ceramah free mengenai self-motivation ni. Antara ayat-ayat yang sering berkumandang bila kena brainwash dengan upline ni ialah:

  1. “Benda ni tak boleh cuba2, kena yakin dan usaha yang berterusan baru la boleh Berjaya! Mana ada orang buka bisnes main-main, tak serius. Sama la dengan bisnes ni, kena ada usaha!” Berusaha!! Chayok-chayok!! – ‘ jangan sampai yang di kejar tak dapat, yang di kendong berciciran dah la kak oi!’
  2. “Korang taknak ker ada cita-cita nak hantar mak pegi haji? Sejuk perut mak mengandungkan korang”kalau mak aku tau ramai orang sumpah seranah aku semata-mata nak hantar dia pergi haji, mak aku rela tak pergi kot!
  3. ” Jangan takut la, penduduk Malaysia ada 25juta. kalau ko dapat o.0001% dari tu pun ko dah boleh naik”.
  4. “cuba dulu, kalau ko tak cuba ko tak tau yang benda ni boleh buat duit”.
  5. “Hadis pun ada bagi tau 9/10 dari punca rezeki tu datang dari berniaga. kenapa kita nak kejar yang 1/10 tu sedangkan 9/10 tu ada banyak lagi?”
  6. “Tengok mamat nih, baru 20tahun dah pakai BMW M3, Bukan belajar tinggi pun. Tak tercabar?”

For MLM’ers, sorry to say, maybe aku terlalu typical dan bias masa menulis artikel ni. Actually memang aku bias pun sebab tajuk artikel ni dah menerangkan segalanya. Tapi terpulang la pada penilaian korg, lagipun aku tulis ni untuk di masukkan dalam blog aku. Apepun aku realistic dan juga berfikiran positive tetapi bukan pada MLM. Alangkah bagus kalau motivation dan confidence yang berkobar-kobar tu digunakan untuk buka bisnes yang realistic dan reliable.Korang boleh cuba approach aku kalau mahu, di persilakan tapi jgn mengadu kat mak pulak kalau aku tak join dan korang terpaksa bayar dinner aku.. Haha.. Akhir kata, kepada yang dah menikmati kekayaan hasil dari MLM, tahniah! Kepada yang jadi mangsa “keje nak sikit untung nak banyak” ni, korang sabar jer la yea! Dan cari la upline korang semula supaya diorg boleh bagi motivasi dan psikologi yang menaikkan semangat korang bila mana korang dah gagal cari downline dan leher korang pun dah makin terjerut dek hutang yang korang apply tu. So hidup la korang dengan semangat dan motivasi dari upline korang tu, untung-untung boleh jadi kenyang macam makan nasi ayam lemon PakLi.

Dan kalau-kalau korang still tak berjaya dalam MLM,jangan risau coz aku ada satu cadangan yang sesuai dengan pengalaman yang korang dapat,maybe korang boleh cuba jadi pakar motivasi, pakar hypnotize, fasilitator dan sebagainya sebab korang dah ada pengalaman kan! Pengalaman memotivasi dan dimotivasi. Bak kata malique too phat “ijazah terbaik datangnya dari jalanan, dari pengalaman bercakap dan bersalaman,” .Pilihan ditangan sendiri, jadi Ikut koranglah.. Aku tak halang korang nak join MLM, join je la.. hak masing-masing.. Lagipun “9/10 daripada punca rezeki adalah dari berniaga”.

Terpulang pada korang, tepuk dada tanya selera. Tepuk poket tanya dompet, Tepuk dahi bila tak menjadi. Kejar la benda yang pasti, jangan suka sangat berangan.

Apa pun hidup perlu di teruskan. Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

p/s: Kenapa takde flyers yang cerita pasal orang yang gagal MLM ek? ” dulu saya kerja kerani gomen, duit pun cukup-cukup makan jer. Satu hari kawan saya ajak join MLM, mula-mula saya taknak tapi bila pergi meeting, saya terus bersemangat! esoknya saya terus buat loan untuk join MLM. Bila dah jadi ahli baru saya tau benda ni tak semudah yang di sangka. Separuh dari duit gaji saya habis sebab nak running bisnes ni jer tapi downline tak dapat gak. Kemudian baru saya sedar berkata-kata lagi mudah dari melaksana. hidup saya makin susah dari dulu. Sekarang saya tumpukan perhatian pada kerja saya saje, untung-untung boleh naik pangkat.” .

p/ss: Aku ada gak kutuk kawan aku yang join MLM ni, pastu dia marah ” ko tgk la 3 bulan lagi”.. haha.. ayat yakin jer! skang ape citer kak?? 😛

p/sss: Jujurnya ramai yang aku kenal join MLM ni TAPI TAKDE SORANG pun yang berjaya.  Nak gak aku tgk muke kwn aku dlm flyers MLM tapi haram xde..

7 Comments

  1. Amir said,

    Salam.

    1.Aku tak rase pon testimoni kat flyers tu betol.belakon je tu.

    2.Skang MLM ade macam2 nama. Sbb kalau sebut MLM mmg orang lari.

    3.Aku rase kawan kau bukan join MLM je, yang buat MLM pon ada.ahaha.

  2. airland said,

    hahaha..
    bleh tahan hujah ko…
    aku selagi bleh nk elak ng org2 camni..
    klu mmbr yg ajak, aku jawab “nnt la dulu, tp jgn mengharap sgt psl aku x konfiden ng MLM ni..”

  3. hudadida said,

    huhu..
    parent aku dulu pn amway..
    da smpai 80% da..
    cuma bende ni kne ade komitment 1000%
    bukan xle bejaye..bole..
    tp kalo yg besungguh2 la..
    kalo yg takat nak xnak tu aku rse lupekn je..
    sbb dugaan adelah sgt kuat..
    halal atau x..gue x pasti..

    p/s : cam takot tambah kureng konfiden

  4. ikaka said,

    hahaha.. aku taw 20k tu yg mane….

    relex ah bro… xnk join xpe…. dgr je kwn ko tu bebel…klo xnk..tolak care baek…xde masalah…bende ni xde la seteruk yg ko gambarkan…. MLM ni depends on diri kite je… kite kerje lebih… dpt lebih… kite kerje sikit, malas, n malu… mmg ah dpt sikit… pastu nk komplen kene tipu… sape soh x usaha…. tu sbb b4 msk MLM kne pk btol2… sanggup ke x?

    mak aku join beb… aku tgk berjaye jek…..merate da dy g…. tapi tu pon dy x all out…. wat sambilan je… awal2 aku mrh gile ngn mak aku… 20k bkn sikit…. tapi mmg berbaloi2…. sape kate MLM kerje sng n income byk? sbnrnye same je mcm kite kerje kat lua tu… mcm bisnes consultant…. just bezenye kite makan gaji n kerje tetap… MLM is a business… depends on kite ah nk corak hale tuju die….kalo kite malas… mmg xdpt…

    aku x join.. tapi aku jadi pemerhati n body guard mak aku ah…. aku da jumpe da sume org yg berjaye n xberjaye dlm hai-o…. yg masuk tv tu pon aku da jumpe… mmg siyes betol…. ramai gile org melayu yg dah berjaye….tapi berbaloi ah ngn kerje derang…. bkn sng nk senang beb…derang travel merate2 cari downline, uruskan loan payment n so on, wat latihan n class utk org bwh derang, consult downline…. sume tu derang tggung sendiri… company bagi bonus la kat derang… tu yg income byk gile…

    yg tak berjaye tu ko tnye ah derang sendiri…. sbb ape? rajin ke x? berani ke x? sume nye ade prob sendiri… aku x ckp derang mls… tapi maybe byk halangan kot… tataw ah…tapi stahu aku dpt kan 10 water filter? kalo jual blk… kan dpt blk modal? ape yg ruginye? 10 water filter je… bg hutang…. kan ade bonus 4ribu lebih lagi? 10 water filter nk jual bkn byk pon….sape xnk bli wtr filter rm50 sebulan? derang ni bkn rugi… just xberjaye jadi jutawan jek….huhu

    pasal halal haram tu aku rase bkn hak kite nk tentukan.. kaji dulu.. aku dah tgk da dr awal.. stakat ni alhamdulillah..

    ni pendapat aku jela sbgai pemerhati…. sori ah klo ko mrh…huhu

  5. info4lifetransferfactorindonesia said,

    ikutan bisnis yuk’s , baru gabung setahun dari agustus 2008, sekarang sudah tembus 19JT/bulan semua saya lakukan hanya dengan blog gratisan http://www.agentransferfactor.web.id/

  6. grourpoxy said,

    C наступающим Вас! Пусть Ваши мечты сбудутся!

  7. Cik Selampit said,

    apa yang kau tulis ni sebijik macam yang ada dalam palotak aku.

    bab gi haji tu yang tak tahan tuh.
    aku lecturer,
    ada student aku yang sanggup benti belajar sebab nak focus pada MLM ni.
    dia cakap kat mak dia yang dia nak hantar mak dia gi haji, padahal hajat hati mak tu adalah nak tengok anak dia berjaya dalam pelajaran.
    so, pikir sendiri lah..mana kau nak cari redha mak bapak kalau cakap diorang pun kau tak dengar?

    aku curious, tp aku prefer cari info dan prepare untuk counter argue dengan puak-puak MLM ni.

    takat ni aku just perhati la kawan-kawan aku.
    memang ramai yang ajak join, tapi aku ni kedekut.. haha..

    apa pun, kita perlu ada ilmu sebelum terlibat dengan sesuatu yang kita tak pasti.

Leave a comment